Monday, August 5, 2013

PUSAT PENGAJIAN FIZIK GUNAAN

PUSAT PENGAJIAN FIZIK GUNAAN 

Pengenalan 
Pusat pengajian berperanan mengembangkan tiga cabang ilmu iaitu fizik, sains bahan dan sains nuklear di kalangan pelajar. Pelajar akan mengikuti kuliah dan tutoran untuk memahami teori dan konsep ilmu; melakukan amali untuk melihat kesahihan konsep yang dipelajari; menulis perisian komputer untuk menyelesaikan masalah pengiraan teori secara berangka dan komputasi; mengikuti latihan ilmiah untuk melihat bagaimana konsep ilmu yang dipelajari dapat dikembangkan dalam penyelidikan; dan mengikuti latihan industri untuk mengalami sendiri bagaimana konsep ilmu yang dipelajari digunakan dalam teknologi. Pelajar yang tamat pengajian dapat mengisi keperluan sumber manusia di institusi penyelidikan, institusi pendidikan dan sektor industri negara. Dengan ini tahap penguasaan sains dan teknologi, serta ekonomi negara dapat dipertingkatkan. 


Objektif 
Untuk melahirkan siswazah yang: 

  • Mempunyai asas ilmu fizik gunaan yang kukuh, agar pelajar berupaya untuk mengunakannya dan mengembangkannya pada masa hadapan, 
  • Mempunyai kefahaman mengenai sejarah dan falsafah ilmu fizik gunaan, agar pelajar mampu untuk meneliti corak dan cara pemikiran saintis agung terdahulu, 
  • Mempunyai pendedahan lebih awal kepada suasana pekerjaan bidang fizik gunaan, melalui kursus latihan industri, 
  • Mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, agar pelajar dengan mudah dan pantas dapat mencari dan menyampaikan maklumat, 
  • Mempunyai kemahiran teknik penyelidikan, agar pelajar dapat melakukan penyelidikan dengan betul, menulis laporan penyelidikan dengan tepat, dan membentangkan hasil penyelidikan secara berkesan, 
  • Mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris saintifik, agar pelajar berkeupayaan berkomunikasi dengan baik dan menyampaikan maklumat dengan berkesan dalam bidang fizik gunaan yang dipelajarinya. 
Program Pengajian 
Pusat pengajian menawarkan tiga program prasiswazah iaitu: 
• Program Fizik 
• Program Sains Bahan 
• Program Sains Nuklear 

Ditulis Oleh : Unknown // 7:10 AM
Kategori:

0 komentar:

Post a Comment